Sahabat-sahabatku yang dikasihi.
Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya
daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah
ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari “Allah adalah
cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati
kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya
seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu
anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan
mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat,
dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas
pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya
walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah
kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan
cahaya rahsia Allah menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit
malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang
“…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang
yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit
rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi
dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau
beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami
beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran
(kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta
keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di
atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan
sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar
penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku
bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…”
malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan
menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap
ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam
lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan
mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi
akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran
kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar”
dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami
rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan
yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan
tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah
pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan.
Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan
bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.